20080128

Jata Negeri Sembilan

Jata Negeri Sembilan Darul Khusus


Sebuah perisai dengan sembilan tangkai padi
Percantuman sembilan buah negeri

Bintang pecah sembilan
Percantuman sembilan buah negeri

Silangan sebilah pedang terhunus dengan sarung & sebilah mata tombak bernama Changgai Puteri
Cogan kebesaran Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M.)
Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
yang telah mula dipakai sejak tahun 1948,
iaitu setelah perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
dan Perlembagaan Negeri Sembilan berkuatkuasa
mulai 1 Februari 1948 (01-02-1948)

Silangan sebilah pedang terhunus dengan sarung
Keadilan

Warna Merah
Hubungan-hubungan dengan British pada masa lalu

Warna Hitam
Datuk-Datuk Undang bagi Luak-Luak
yang menjadi bahagian-bahagian di dalam
Negeri Sembilan

Warna Kuning
Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan