20080806

Program Memperkasakan Tulisan Jawi

Jun 24, 2008 - Pada 24 Jun 2008 yang lalu, Sek. Men. Ren. Agama Rantau (SMRAR) telah menganjurkan Program Memperkasakan Tulisan Jawi yang bertempat di SMRAR sendiri. Atas perkenan Puan Pengetua, Pn. Noormaah binti Hj. Mansor, program ini telah dapat dilaksanakan dengan satu matlamat yang jelas; memperkasakan penguasaan tulisan Jawi oleh pelajar-pelajar SMRAR.


Pn. Rokhaiza sedang memberikan penerangan tentang asas tulisan Jawi

Para pelajar memberikan tumpuan yang penuh pada penerangan yang disampaikan


Program ini telah dilangsungkan dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Pelbagai acara telah diadakan bagi membawa para pelajar SMRAR untuk lebih mencintai dan memantapkan penguasaan mereka dalam tulisan Jawi. Penglibatan pelajar yang menggalakan, kehadiran guru yang diluar jangkaan dan ditambah pula dengan kesudian Puan Pengetua untuk turut hadir membangkitkan semangat dan motivasi para pelajar untuk memanfaatkan program pada hari itu dengan sepenuhnya.

Kehadiran Puan Pengetua SMRAR, Pn. Noormaah binti Hj. Mansor menjadikan program yang diadakan lebih bermakna


Selain itu, para pelajar juga diberikan aktiviti luaran; pemasangan khemah. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk memperkenal dan melatih para pelajar tentang langkah-langkah pemasangan khemah yang betul.



Latihan pemasangan khemah oleh pelajar-pelajar SMRAR


Sememangnya program itu sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua yang hadir amnya dan kepada para pelajar khasnya. Adalah diharapkan agar program-program ini akan dapat mempertingkatkan kualiti para pelajar SMRAR dalam mengharungi arus pendidikan masa sekarang dan masa akan datang.