20080717

Pelajar Tingkatan 1 Shafie sesi 2009

Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau
71200 Rantau
Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia

Pelajar Tingkatan 1 Shafie
Sesi 2008


Senarai sedang dikemas kini.

Guru Tingkatan: PN. ROHANA BINTI IBRAHIM

20080714

Ujian Setara II 2008

Pada hari Rabu (2008-07-09) hingga Jumaat (2008-07-11) yang lepas, SMRAR telah menjalankan Ujian Setara 2 bagi tahun 2008. Seperti biasa, ujian ini dilaksanakan untuk menguji kemampuan pelajar-pelajar dalam penguasaan akademik mereka. Selain itu, ujian ini juga membantu guru-guru untuk menilai kualiti proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) masing-masing.

Sebanyak sembilan (9) mata pelajaran diuji; setiap satu diperuntukkan masa menjawab selama satu (1) jam dengan soalan-soalan adalah disediakan oleh tenaga pengajar SMRAR sendiri.

Apa yang menjadi satu matlamat bagi seluruh warga SMRAR amnya ialah untuk menilai semula prestasi pelajar-pelajar SMRAR dalam akademik selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 yang lalu. Ujian ini juga menjadi satu aras baru bagi menyediakan pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2008 yang akan datang serta Tingkatan 3 untuk Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, adalah amat diharapkan agar semua warga SMRAR amnya dan tenaga-tenaga pengajar SMRAR khasnya akan menggandakan usaha untuk menyediakan pelajar-pelajar SMRAR dengan persediaan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan yang mendatang. Semoga pada tahun 2008 ini, anjakan paradigma dapat dilakukan dalam prestasi akademik SMRAR dengan satu matlamat jelas; menghasilkan generasi pertama 9A untuk SMRAR.

Semoga berjaya! InsyaAllah...